Wednesday, January 7, 2009

SALAM SEJAHTERA 2009

Buat pertemuan awal di Tahun 2009 biarpun telah melangkau usianya melepasi hampir tujuh hari, masih terasa kehangatannya bila disedarkan bahawa kita semua telah dialihkan kesatu perdaeraham masa yang dinamakan TAHUN BARU tahun 2009. Tiada bezanya dari anugrah fizikal alam di bumi Allah ini. Siang masih ada, malam masih terasa, hujan panas seperti biasa kini banjir dimana mana dan kemarau tunggu masanya akan tiba yang pentingnya buat kita, berSYUKUR kerana nafas masih ada.

Setakat ini Alhamdulillah, perjuangan kita sekadar untuk hidup menerusi kesejahteraan pernafasan kesihatan, batasan makanan bukan catuan beterusan hanya harga barangan tidak dipihak yang kurang berada, keselamatan bukan seperti di GAZA nyawa berterbangan di buru kesengsaraan pendatang gila,penceroboh tiada peradaban yang dikenalpasti sebagai manusia dilaknati ALLAH yang tidak berkesudahan.Ingatlah itu semua boleh terjadi dan menimpa kita.

Biar pun demikian.... awas segala cubaan, Syaitan masih BERKELIARAN, manusia JAHAT belum terpupus dari setiap perdaerahan di TANAH AIR BUMI KELAHIRAN, tiada batasan masa kemungkinan berlakunya KEJAHATAN,

BUAT ANAK-ANAK, saudara mara, rakan dan taulan
,

Ingatlah akan ALLAH TUHAN YANG MAHA BERKUASA MAHA BESAR MAHA KAYA. Peliharalah diri dari KEMURKAAN DAN KEHINAAN ALLAH TUHAN MAHA ADIL MAHA BIJAKSANA POHONLAH KEAMPUNAN DAN JANGAN LUPA PINTA RAHMAT SERTTA KESEJAHTERAAN DARI ALLAH TUHAN MAHA KAYA

Tahun 2009 tiada salah dan cacatnya, ia serupa sahaja seperti biasa. Cuma kita senantiasa berhati hati dijalan raya, di pasar raya malah di hari-hari raya kerana kesilapan selalu bermula dari kita. Akhirnya didoakan Segala Kesejahteraan buat kita semua, Moga 2009 dapat dirasa bersama segala nikmat yang ada dan dijauhi segala bencana dan akhir kata buat permulaan hidup di tahun yang BAHAGIA, BUAT BAIK BERPADA PADA (utamakan KEIKHLASAN), BUAT JAHAT JANGAN SESEKALI terutamanya diantara kita. KITA SEMUA BERSAUDARA.

Antara yang BERILMU BERFIKIRAN tidak sesekali sama bagi yang TIADA ILMU TIADA FIKIRAN atau sekadar BERILMU tapi dikawal NAFSU SYAITAN.