Saturday, September 20, 2008
Anak anak kita dimana?
Rezeki kita hari ini ubi kayu dan sambal belacan. Ubi kayu ok...tapi sambal belacan tu kena jaga jaga sikit takut pedas nanti terbakar mulut, kalau terbakar mulut kena minum air banyak sikit tapi jangan sampai kembung perut.
Mana anak anak kita tak nampak dimata lagi kalau semuanya dah ada suruh basuh kaki naik kerumah dan basuh tangan makan rezeki hari ini, sebelum makan kena baca BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, habiskan ubi kayu tapi hati hati sambal belacan yang ditumbuk kasar kasar dari dapur mak engkau.
Pesan buat anak anak, marilah kita bersama, apa jua rezeki kita rasa bersama banya sama banyak, kalau sedikit kita rasa bersama, tapi kalau tak habis jangan cepat dibuang, simpan dahulu buat seketika kerana kuatir bila diperlukan lagi, ia tiada. takut kesal dihati.