Sunday, September 21, 2008
Menu Istimewa
Hidangan istimewa dipagi hari,,,,,waktu sarapanlah....yang pastinya lopis ubilah hidangan ini hanya mampu disediakan oleh nenek asli Tanah Melayu kalau ibu ibu selepas Merdeka juga boleh menyediakannya yang lain mungkin pada cuti cuti hujung minggu atau sekadar idaman ibu ibu yang mengandung. Lopis ubi hebat rasanya bagi yang suka buat yang tak suka biasa aja ada boleh takda pun tiapa. Kalau dipagi pagi, tak dapat lopis kita boleh rebus sahja ubi kayu dan ubi rebus ni, kalau dimakan dengan sambal belacan dan kuah kuah asam pedas yang tak habis semalam tu digaul sama, kata orang dulu dulu mak mertua lalu pun tak nampak . Ubi rebus yang empok itu kalau dilecek lecekkan dan kemudian dibubuhkan kelapa parut kemudian dikepal kepalkan pastinya ia dikenali sebagai gertuk ubi, gertuk ubi dimakan dengan gula atau digaulsama dengan kuah asam pedas atau sambal tumis ikan bilis , wahduh...enaknya. terlinsebenarnya ada bermacam macam resepi dari ubi kayu yang boleh diperbagaikan kalau dikepala atau dihati bagilah tahu .....nanti kita hebahkan pada anak anak dan saudara serta kenalan semua.
Waktu tengah hari ada juga resipi istimewanya, ubi kayu masak lemak daun turi, yang istimewanya masak lemak turi bersama ubi yang empuk empuk ni, dimasukkan ikan kering, biasanya ikan kering selar kuning atau ikan kering gelama, ikan kering masam atau ikan pekasam jangan dicampur dalam masak lemak kerana mertabatnya adalah tersendiri awak...., kata tok Gayah dulu, masih lagi terdengar dengar pesananya pada arwah Mak saya. Pucuk ubi kayu kalau dibuat ulam dengan sambal belacan,tak ada peminat ulam yang menolaknya kerana masa kini kalau dapat pucuk ubi kayu yang direbus dan diperah dengan tangan kak Limah atau kak Jenab....tiga tahun tak lupa...asyek nak balik kampung aja leee....Resipi masak lemak pucuk ubi campur kacang hijau, Masak pucuk ubi masak tempoyak ikan bilis pun resipi antik yang sukar ditemui dimeja meja makan hari macam macam lagi boleh dibuat makan tengah hari. FIKIR DAN INGAT kalau pernah terjumpa kongsi kongsilah ceritanya.
Kalau petang hari ubi kayu ni tak terhingga resipinya, malah resepinya mampun menyesuaikan dengan cuaca persekitaran setempat, contohnya seperti musim hujan, musim kemarau, musim tenkujuh, KalauUbi kay musim tenkujuh atau musim hujan hujan waktu petang, Ubi kayu goreng biasa atau berempah dan dimakan dengan sambal kicap cili padi campur bawang putih, peh....meliur dibuatnya. Pengat ubi bukan resipi asing waktu petang hari ia biasa dihidangkan kepada kawan kawan bapaknya yang datang sembang sembang oleh maknya.......Waktu petang dibuat juga lepat pisang dan kueh bingka atau bengkang ubi kayu tapi biasanya dibuat dipetang hari untuk dimakan waktu pagi atau malam. Resepi ini biasanya disamping menjadi juadah keluarga ianya juga selalu disediakan untuk tujuan jualan kecil kecilan diwarong warong Pak Itam, warong lek Paiman atau dijaja sekitar kampung. Putu Piring Arwah Tok Itam yang biasanya disediakan dipetang hari dan dijaja diawal awal pagi oleh Pokda Sham, Pok Teh Ahmad sekitar Kampung Melayu Majidee, di awal tahun enam puluhan dahulu rasanya belum ada tandingannya lagi sehingga hari ini tentang kehebatan resipi putu piring ubi kayu rahsia kebanggaan secret recipe Arwah Tok Itam sehingga kini. Kuih Cakar ayam ubi kayu, dekat sekolah rendah bapak dulu cuma sepuluh sen satu, rasanya sungguh enak makan satu cukup menghilangkan kelaparan hingga balik sekolah, kuih yang dibuat dari ubi kayu ini disediakan oleh penjualnya diwaktu petang hari dan disempurnakan gorengan berlada itu disubuh hari dan dijual dikantin sekolah waktu pagi lagi. Sungguh hebat resipi ubi kayu dimasa dulu, tapi kini mula menyepi dan membawa diri.
Kalau waktu malam ada juga yang tidak makan nasi namun bukan gantinya roti seperti kini, ia masih berkisar kepada ubi rebus dengan kuah kari, sambal tumis lebihan masakan tengah hari atau sambal belacan yang sudah berhari hari . Biasanya hidangan gantian makan malam ini sekadar alas perut sebelum lelapnya mata menanti mentari.
Selain dari resipi ubi kayu buat waktu pagi, tengahari, petang dan malam jangan lupa tapai ubi dan kerepek ubi kayu yang kini memasuki pasaran global dipasar pasar tani dan cukar diperolehi bekalan menampung permintaannya untuk masyarakat Malaysia hari ini dan mungkin ke pasaran yang tanpa sempadan seperti tempeh agaknya. Harap maaf kerana resipi hariini sekadar bercerita sahaja dan tidak boleh merasa. Sekiranya ada resipi resipi ubi kayu sama ada yang moden atau tradisional silakan hantar ke blog ini, khas untuk anak anak dan saudara mara ingat ingatlah ubi kayu sambal belacan, jangan tinggalkan dari ingatan hidup kita tidak asing darinya dan tidak hina kita bersamanya.