Monday, September 22, 2008

PASARAN GLOBAL SEIRINGAN

Memperkatakan pasaran ubi kayu kini bukanlah satu ungkapan bisness kampungan atau pinggiran. Pasaran ubi kayu telah melintasi era globalisasi. Kalau dulu ianya menjadi barangan kemeseraan, kekeluargaan malah berupaya menjadi barangan makanan jariah kejiranan tapi kini telah meninggalkan norma tersebut bila ia mula kepasar pasar tani malah kini ke super market. Disekitar awal tujuh puluhan setiap tanah diperdaerahan kampung akan terpacaklah pokok pokok ubi, dan pada ketika itu kalau teringin makan ubi pergi sahja ke bekakang , kedepan, ketepian rumah pilih pokok yang difikirkan hasilnya lumayan cabut sahja serumpun atau dua rumpun dan pastinya pesta makan ubi kayu boleh dimulakan.Sekiranya rumpun itu subur dari jenis ubi yang baik beratnya kalau ditimbang ia boleh mencecah sehingga tiga atau empat kilo, lantaran itu serumpun dua sememangnya sudah memadaai.

Perubahan mula terserlah diakhir tujuh puluhan bila tanah luas peninggalan datuk dan nenek tua dikampung mula menjadi kecil dengan pengagihan tanah pusaka dan anak anak meninggalkan kampung halaman. Tanah ditinggalkan begitu sahja dan tiada lagi kebun kebun ubi kayu disekitar rumah Tok Wan Haji Bakar dan Nenek Hajjah Maimunah, yang ada tanah terbiar dan rumah usang, namumn demikian masih boleh mendapatkan ubi kayu dengan seringgit dua darikebun wak wak dan lek lek yang belum meninggalkan dunia lagi.

Dengan bangkitnya anak anak hebat yang bercita cita tinggi, untuk menjadi pemaju pemaju perumahan hasil dari tanah peninggalan tok nenek, tanah kebun kebun ubi menjadi kawasan perumahan komusil dan pohon pohan ubi kayu tidak dibenarkan berdiri tegak lagi keadaan ini berlarutan hingga keawal sembilan puluhan. Keghairahan ini terberhenti sebentar di pertengahan sembilan puluhan kerana kegawatan tetapi di akhir sembilan puluhan ia rancak semula sehingga hari ini, namun ia tidak menggila lagi kerana tanah sudah mula habis dan hasil usaha serta keuntungan pemaju tidak segagah tahun tujuh puluhan dahulu kerana nilai seringgit hari ini sekadar tiga puluh sen berbanding seringgit dahulu. Bandingan tidak perlu dilihat pada pasaran saham Kuala Lumpur mamadai meninjau harga ubi kayu dulu dan sekarang, Dulu sekadar dua tiga puluh sen sekati atau kita kata tiga kilo seringgit kini telah mencecah sekilo sekurang kurangnya seringgit lima puluh sen malah mencecah dua ringgit, harga tidak jadi masalah, kadang kala untuk memperolehinya agar sukar dan terhad.

Yang amat mengejudkan pasaran ubi kini melangkah seiringan dengan pasaran minyak dunia, ini terbukti bila pada masih harga minyak dunia melambung gila....dan diikuti oleh harga minya dinegara kita yang tercinta dan berdaulat, Peniaga peniaga hasil tani dengan tidak teragak agak menyatakan harga ubi kayu terpaksa dijual dengan harga yang tinggi sedikit kerana harga minyak tinggi. Bingun juga kita dibuatnya, Dengan iklas dan bersungguh peniaga pasar malam itu berkata kepada pelanggannya ubi kayu ini bukan ditanam disini tapi dibawa dari kawasan kampung jauh dari Pasar Malam Putraja ni... , Minyak mahal pakcik, makcik kalau ambil dibelakang rumah seringgit bolehlah......

Hendak tak hendak beli sahja, kalau balik tak bawa ubi kayu, takut pulak anak, atau menantu terpunan, nanti dapat cucu air liur meleleh pulak.........rupa rupanya pasaran ubi kayu kini seiringan dengan komuniti lain termasuklah pasaran global minyak dunia.

Pesan kepada anak anak dan saudara mara, kalau ada tanah, terutama tanah tanah pusaka tu ...otak jangan cepak kelam kabut, nak jual....kalau ada waktu dan masa usahakanlah cucuk tanam kalau tak ada banyak modal, jangan cepak nak berhutang....takut takut tanah sekangkang kera tu tergadai pula, dan anak anak yang tidak ada peninggalan tanah dan harta pusaka..... jimat jimatlah belanja,,,,, tabung tabunglah rezeki yang ada, kalau sudah cukup beli belilah tanah dimana jua. Beli tanah tak akan rugi sampai bila bila.,,,,,,,,,,Hidup hari ini kena sabar banyak banyak, sikit sikit tak jadi......