Wednesday, September 24, 2008

Ilmu Ubi Kayu

Ilmu Allah Maha Luas tiada bandingan segalanya kerana Allah Maha Bijaksana Allah Maha Mengetahui Allah Maha Kaya. Selaku hambanya kita semua memohon dibukakan hati serta akan fikiran kita agar dapat meninjau sedikit pemahaman kita tentang ilmu Allah, agar kita tidak menjadi manusia yang tidak bersyukur dan senantiasa ingat akan Rahmat Allah Yang Maha Besar lagi Bijaksana.

Bidang ilmu yang terhampar di dunia ini Maha Luas disisi Allah, hanya kita yang belum diberikan petunjuk sahja, tidak merasakannya. Segala disisi Allah terdapat gandingan ilmunya hanya kita sahja yang perlu memohon petunjukNya serta keizinan Nya untuk menerokai ilmu tersebut. Kita harus sedar penerokaan ilmu Allah berkaitan dunia dan akhrat perlu diusahakan secara serius dan berperaturan, maka kenalah kita mepelajarinya.

Antara hamparan ilmu yang tidak terkira banyaknya terdapat di alam ini, pengetahuan berkaitan ilmu ubi kayu bukan disiplin ilmu yang asing dan terpinggir. Segala ilmu yang mampu menyumbang pergerakan kebaikan kehidupan adalah bermunafaat dan perlu disyukuri kepada Maha penciptanya.

Ilmu ubi kayu kelihatan mudah dan enting sahja, tapi pastilah setiap ilmu yang dipelajari perlu difahami betul betul agar ianya dapat difahami dan dapat digunakan mengikut peringkatnya, menerusi usaha pencariaan, tidak kira ditepian jalan di Parit Jawa atau di titiwangsa atau di Selat Melaka malah di tepian Pantai Selat Inggeris. Ilmu tetap ilmu, bukan gumpalan atau gulungan sijil, diploma, ijazah malah pengiktirafan saujana atau doktor falsafah yang kita kejari tetapi ilmu yang kita miliki dan dapat diterjemahkan kembali dalam kehidupan. Kekuatan ilmu perlu dapat merubah kehidupan dari satu keadaan kepeda keadaan yang lebih baik dari sebelumnya atau sekurang kurang nya mengekalkan kefahaman sedia ada. Pencapaian dan perolehan ilmu menjadi malapetaka jika kehadirannya hanya meruntuhkan kesejahteraan sedia ada malah mencelarukan kefahaman dan keyakinan semasa. Hal hal ilmu kita serahkan kepada ahli ahlinya sama ada yang diberi gaji atau diberi gelaran memikirkannya dan kita sama sama mendoakan kejayaan perlaksanaan tugas dan amanahnya.

Pesan untuk anak anak bapak, pasal ilmu ubi kayu sahja, kita belajar dari mula, supaya kita tidak lupa. Pertama belajarlan ilmu tanah, pilih yang sesuai. Kedua pilihlah ilmu yang berkaitan dengan benih yang hendak ditanam, kerana ada beratus jenis ubi kayu seluruh dunia ini, tapi pilihlahyang bersesuaian dengan kita. Ketiga belajarlah cara cara menanamnya, tidak kira dari petua Wak wak Jawa dan dari doktor atau prof. dari mana institusi pengajian tempatan atau dunia. Keempat jangan lupa ilmu penjagaannya takut tiba tiba layu tidak bermaya, rugilah kita disamping itu ilmu baja baja jangan dilupa. Kelima ilmu pengurusan hasil usaha, bila tiba masanya hendak digunakan buat apa, hendak dijual kemana, pasaran tempatan atau ekspot antarabangsa atau sekadar makanan desa atau disedekah di mesjid mesjid dibulan puasa tidak terlupa mesjid Putrajaya. Dalam ilmu diperingkat kelima jangan dilupa diselitkan ilmu keusahawanan takut cuma tinggal angan angan hasil ubi menimbun gunungan ,nanti masuk angin terjun kembali kebuangan. lmu usahawan jangan diajar sendirian tanpa ilmu asas keperluan kerana ia membawa kebuntuan tidak ada yang dapat digerakan.Peringkat peningkatan perlu dipelajari ilmu industri , biar mesin mesin keperluan betul diperlukan diperolehi dan bukan sekadar terima bantuan malah menjadi barangan pameran. Bukanlah banyak sangat ilmu ubi kayu yang hendak bapak kongsi bersama tapi percayalah lamanya masanya sehari sahja tapi kalau diperlukan mungking sepangjang usia, sampai hari kiamat pun tidak berakhir kata orang tua tidak pasti hadis atau apa....tuntutlah ilmu dari buaian sampai lubang lahat pun tidak pasti sempurna, kecuali Allah meredhai segala galanya.

Akhirnya buat anak anak semua , carilah kepandaian dan bijaksana, tunjuk dan kongsilah kepandaian bersama tapi jangan sekali kali memandai mandai bukan hak kita, malah melupai hak Maha Pencipta Allah Maha Kaya.

Anak anak jangan sombong.