Waktu sahor pagi tadi saya disedarkan oleh kata kata anak bungsu si Ahmad Lutfi, bukan pasal Ubi Kayu sambal belacan, kerana sepanjang Ramadan dan saat hari terakhir meninggalkan kita, Sudah masuk hari ke 26 dan dengan tiba tiba rasa begiu hampir dengan Shawal terasa sedih kerana akan ditinggalkan oleh Ramadan bulan yang istimewa , lebih lebih lagi, mengengankan betapa tipisnya ibadah yang disertakan kepada Maha Pencipta, Allah yang Maha Berkuasa. Malu benar rasanya dengan limpahan rezeki yang diberinya selama ini.
Kata kata Lutfi masih tersangkut dihati, " Sikit sikit pun rezekikan...." dengan membandingkan peralatan yang ada dirumah ketika itu, kalau dijual pastinya banyak dan dapat membeli keperluan yang dihajat oleh anak bungsu ini...... keperluaan apakah agaknya, rupa rupanya anak ini mengungkit kembali untuk mendapatkan ceper...untuk permainan yang baru dipelajarinya.... Siang tadi ia telah mencari tudung botol untuk bermain ceper tapi rupanya "ceper" telah menjadi barangan terhad dan terkawal, amat sukar diperolehi tidak seperti saya menjadi kanak-kanak dahulu....ia ditambahkan lagi dengan kenyataannya...kalau nak ceper kena bayar satu ringgit untuk lima tudung botol....makin terkejutlah dibuatnya, rupa rupanya masa telah memisahkan kita, segala ada harganya dan nilainya sampai tudung botol pun ada berharganya.
Kalau tudung botol berharga, apatah lagi ubi kayu kita, patutlah peniaga pasar malam pasar tani cekap untuk mengira setiap nilai beratan ubi kayu yang ada.....hanya kita pengguna yang amat terasa. Agaknya lutfi anakku merasakan kalau ia berjaya mengumpul tudung tudung botol...dan dapat menjualnya, sudah pasti mejadikan rezeki yang banyak, walaupun dengan tudung tudung botol yang dikatakannya itu....Apatah lagi dengan rezeki yang banyak-banyak macam kita yang makan gaji ni, biar pun dari gred A1 sampai A1000 (turus murus..), yang tidak pernah rasa cukup dalam perjuangan mengukuhkan pendapatan ...dengan perjuangan menegakan kebenaran serta memperkasakan perkhidmatan dan berbagai slogan perjuangan agar....rezeki gaji dan upah bertambah menggunung pasti diperjuangkan. (Takut takut nilai hasilnya pertukarannya tak sampai seguni Ubi kayu pun.....nak beli sambal belacan pun nak tunggu dari rumah mak mertua...)
Sebenarnya tidak salah kalau ia benar benar menjadi hak kita hasil dari pertukaran keringat. Ambillah, usahakanlah tapi bukan dengan jalan yang mudah, apatah lagi sekadar mengambil kesempatan dari keringat orang lain, jauh lagi dengan akal akal Gembilang mencipta Wang bukan dari asas keperluan orang dan amanah kepercayaan. Kesamaran dan kebenaran tidak kelihatan apa yang diperlukan adalah wang dari peluang yang terluang. Dalam pencarian rezeki diperingkat ini sudah tiada lagi penilaian Illahi, Dosa pahala sudah ketepi...asalkan berjaya diri sendiri. Tidak mengapa Allah Maha Mengetahui segalanya dan balasanNya Maha Adil lagi bijaksana tidak setanding dengan yang ada pada masa kini, esok, lusa dan selama lamanya selagi kita bernama manusia dan menumpang di alam mayaNya.
Pesan bapak buat anak-anak sahaja bukan pada rakyat jelata, carilah ilmu sampai bila bila, gunakan ilmu pengetahuan yang ada, tapi jangan menipu pada sesiapa, berushalah sedaya upaya, jangan jemu selagi hayat masa ada sambil mengatur strategi keberkesanan yang sempurna, bukan helah memperdaya.
Berusahalah sebanyak yang ada tapi jangan dilupa Maha Pencipta dan Maha Kaya, tapi sanggup memberi pada yang tiada .... keluar zakat....sedekahlah. Setelah berusaha keras dan ikhlas serahkan pada yang Isa, kerana Rezeki bukan urusan kita, Allah sahaja yang mampu menentukanNya. Sebanyak mana yang kita rasa dan sedia ada hanyalah sekadar titikan belaka disisiNya kerana Allah Maha Kaya.