Saturday, September 27, 2008

FIKIR DAHULU SEBELUM BERJANJI

Pesan jangan kirim pun jangan, kalau kita tiada ketentuan, maklum sahja selaku insan biasa, kita kurang pengetahuan tentang sebarang kemungkinan. Ibarat orang tersayang memesan mendapatkan barangan yang bukan kepastian, seperti Ubi kaya dipasar malam. Mulakan bicara menerima pesanan dengan ungkapan "InsyAllah" kerana segala kemungkinan boleh berlaku, Kini ubi kayu bukan hasil tanaman sepanjang musim dan pasti boleh diperolehi pada bila bila masa. Kadang kadang ada kadang kadang tiada .Bagi yang mengharap pastinya kecewa jika janji tidak ditunaikan. Oleh itu walaupun pesanan itu sekadar ubi kayu, fikir dahulu sebelum berjanji. walau pun bukan hasrat untuk memungkiri janji.

Pesan buat anak anak dan rakan semua, itu baru pesan ubi kayu, kalau yang lebih berat dari itu, pasti keadaannya lebih celaru. Pohonlah pertolongan Illahi, agar diperkenankan segala permohonan dan keperluan, baik pada diri sendiri atau hajat orang yang hendak dipenuhi.