Wednesday, October 1, 2008

HARI LEBARAN AIDILFITRI DI PUTRAJAYA 1429.H.

ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR,
ALLAH MAHA BESAR,
SEMPURNALAH PUASA TIGA PULUH HARI, BERGERAKLAH RAMADAN MENINGGALKAN KITA, KESAYUAN MULA MENGGAMIT HATI, PERLAHAN PERLAHAN KERIUHAN MENJELMA KEMBALI MENANDAKAN BERMUALANYA SHAWAL YANG BAHAGIA DAN CERIA MENGAMBIL PERHATIAN DISANUBARI SETIAP INDIVIDU BERPERIBADI.


Bermula dengan berlumba lumba mengambil giliran, membersih diri dan menyelesaikan kewajipan bersolat di subuh hari dan terus bersedia ke Mesjid Putra Putrajaya yang terindah tidak terperi. Waktu 7.30 pagi ketetapan diberi kerana sembahyang sunat Aidilfitri akan bermula jam 8.30 pagi. Alhamdulillah semua perancangan persediaan mengikut jadual. Laluan mudah diperolehi, sehinggalah saat ibadah sunat diakhiri.
Bukan sekadar keluarga kita sahaja mendapat tempat beribadah di Masjid "Putra", Putrajaya hari ini, Rupanya ribuan anak dunia bersolat disitu, dari Asian semuanya ada, Singapura,Indonesia,Thailand,Filipina ...semuanya ada, Bangla, India,Pakistan,Seri Langka...ada, .....Timur tengah....Mesir,Morocco,Algeria, Libya, Arab Saudi, Yamen, dan sebut sahaja mereka dari rantau tersebut...ada, Orang Islam Cina dan Monggolia pun ada tapi tidaklah Majortiti dan banyak lagi yang tidak boleh dipastikan asal kampung halamannya bersama menyembah Allah RabulAlamin. Kegembiran terbayang disetiap mereka yang melintasi pintu utama Mesjid Putra yang tersegam Indah dan tidak memilih asal usul peribadi yang menghadirkan diri.
Anak anakku semuanya pergi kecuali Siti Fatimah & Siti Sarah yang mula membesar diri.
Isteriku Mami Khatijah diiringi oleh anak jantanku Ahmad Fahmi dan Ahmad Lutfi putra bungsu yang mengada-ngada. Manakala aku dan menantuku Mohd Kamal,
Putra Kuala Kangsar mengiringi Ibu Mertuaku, Mami Aisyah dari Pulau Pinang.
Hari ini nampaknya tidak ada Pak Menteri, Sekadar pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang tinggal di Perumahan Putrajaya dan tidak pulang ke kampung atau negeri asal sendiri atau negeri isteri-isteri.
Pengelaman Pertama ini, sungguh menggembirakan hati, biar pun tiada Menteri tapi selesai ibadah sunat AidilFitri hadirin berkerumun lagi apabila disedari ada tetapi duduk sembahyang bukan ditempat VVIP, hadir beribadah dibelakang barisan makmum anak-anak bumi dan luar negeri, Tetamu itu adalah MANTAN PERDANA MENTERI sempat juga aku menjengahkan diri dan menyaksikan ribuan jamaah menghulurkan tangan bersalaman di AidilFitri. Akhirnya Manusia penuh sejarah itu meninggal pergi tinggallah kami bersama keluarga sendiri. Kini Abang Kamal, Menantuku sampai dengan kereta buatan Malaysia dan berprestasi tinggi, membawa Mami Aisyah dan Inang pengasuh si Siti Hajar Puteri Semarang pulang ke rumah menyambung perayaan hari ini, dengan santapan pagi terhidang dimeja berseri.
Di rumahku, Keluarga Pak Ladin dan Mak Natrah telah sampai, kemudian Pak Mamat dan Kak Ana pun ada, yang hebatnya anak jantanku juga bersama wanita yang dihormati dibawa mengadap kepada keluarga ini.......jantan sungguh budak Mamat ni.......dia kena belajar sampai mengerti ....erti kehidupan bukan khayalan ilusi.
Alhamdulillah..... Hari ini saya diizinkan Allah menulis blog lagi,
Kepada isteri,adik-adik dan
anak-anak telah menhulurkan jari memohon keampun dan kemaafan.
"Kemaafan diberi tanpa syarat "
Kini tibalah masa, Saya memohon Maaf kepada isteri,adik-adik dan
anak-anak serta sesiapa juga yang membaca blog ini.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI."