Hari ini ke rumah Pak Ladin dan Mak Natrah, kunjungan Muhibah berstatus adik ipar tersayang dan dihormati, sungguh indah sekali....ramai sungguh sanak saudara yang hadir termasuklah keluarga Pak Ajak dan Mak Lala, keluarga Pak Husain dan Cikgu Yati yang baik hati. Mami Aishah tetap menjadi tumpuan anak cucu bermanja dan bersenang hati.
Tetamu yang berkunjung ke rumah pula, adalah anak cucu angkat, mencemar Duli ke Istana Kayangan Datuknya di Kampung Melayu, Putrajaya. Sungguh gembira rasa dihati bila dikunjungi anak cucu kepondok di tingkat lima, yang kini mula dikenali dengan gelaran DATUK. Tapi anugerah yang digunakan adalah sekadar datuk sematan sementara sahaja, kerana gelaran DATUK sebenar mungkin sebulan lagi....... bila tiba masanya, anak sendiri akan melahirkan cahaya matanya "Cucunda Tuan Puteri", kata orang "bukan cucu angkat lagi....tapi cucu betul-betul". Resipi hari ini istimewa juga dan kuih muih masih memenuhi meja lagi....sedap tak sedap Tok Wan tak jamin, tapi oklah..... mereka semua gembira, duit raya tak banyak tapi ada. Masih segar kedengaran suara cucu-cucuku " terima kasih TOK WAN...."sambil senyum mengamit dijari.....
SMS ucapan masih diterima dari dari rakan-rakan dari dalam dan luar negeri...balas tetap balas tapi kadang kadang tidaklah serta merta ada juga yang tertangguh dan berkala lagi, sekali lagi jutaan maaf dipohonkan, hati tetap ingat dan bersyukur dan bergembira dengan kehadiran SMS Hari Raya.
Buat anak-anak dan saudara mara;
Sayanglah keluarga kita dengan seikhlas rasa.Orang-orang tua diletakkan pada tempat dan keutamaannya.
Hormatilah sahabat handai dimana berada.
Kawan kenalan tidak boleh dipermudah dan diendahkan sesuka hati.
Jiran tetangga jangan dilupa.
Mudah mudahan Allah menjaga kita, demi menjaga hubungan manusia,
Jangan digila balasan didunia, tumpukan keikhlasan sepenuh jiwa.
serahkan segala pada Allah yang Yang Maha ESA.
Istimewa judah hari ini......, Salah satu hidangan dipersembahkan di petang hari, adalah UBI KAYU GORENG TERISTIMEWA disamping rezeki-rezeki lain yang melimpah ruah,
Terima kasih Pak Ladin dan Mak Natrah yang tidak lupa menyediakan sajian istimewa tersebut dan melayan, selera dan keriangan sanak saudara .
Terima kasih Pak Ladin dan Mak Natrah yang tidak lupa menyediakan sajian istimewa tersebut dan melayan, selera dan keriangan sanak saudara .