di Presint 16 Putrajaya. Tinjauan dari aras lima appartmen saya memang terasa sayu juga, kesepian mendesak dan menghampiri jiwa tapi sebenarnya pengisian Aidilfitri tidaklah sesepi yang difikirkan sebelum ini, kerana sebahagian besar masyarakat Kampung Melayu Putrajaya MENINGGALKAN rumahnya pulang berhari raya di kampung halaman bersama sanak saudara. Mereka pasti dan didoakan gembira selalu.
Kita, yang berhari raya di Putrajaya. Alhamdulillah kerana merasa gembira bersama anak cucu, sanak saudara dan sahabat handai yang berada disini, Perngalaman baru ini rupanya memang seronok kalau diiringi dengan perasaan kesyukuran dan redha pada keadaan yang seadanya. Jangan diletakan perasaan perbandingan dan yang tidak eloknya meletakkan kesalan dan kesedihan yang menggila dan tidak bertepatan.
Hari ini ada lagi Majlis Sambutan Hari Raya, di rumah Pak Ajak dan Mak La, semua saudara mara yang berhari raya di Kuala Lumpur bersamalah kita kerumahnya bertemu mesra di Syawal yang
Sedih juga dibuatnya, bila anak menantu, mula bertugas dihari Raya Ketiga, tapi ini bukan keadaan luar biasa, Majikannya perlu di utamakan juga. Mereka bukan kumpulan yang menyusahkan kita (penganiaya). Dia adalah tempat kita mencari rezeki, dan bertemu rakan sekerja, mungkin tahun depan giliran kita bercuti raya pula. Itu semua biasa bukan luar biasa. MULAKAN KERJA BERSUNGGUH HATI, CARI REZEKI SEHALAL MUNGKIN, BAGI MENERUSKAN KEHIDUPAN SEMENTARA INI. Jangan dijadikan alasan tersendiri, jauh sekali kepentingan diri.
Pesan buat anak-anak dan saudara mara;
Sausana Hari Raya, amat penting bagi kita, sebenarnya ia ada kekuatan perasaan teristimewa, kerana ia adalah ROH kemesraan tersendiri, biar dimana kita berada. Bagi anak-anak yang belum berumahtangga, Ibu Ayah jangan dilupa malah dipermudahkan (perasaannya), Bagi yang sudah berumahtangga, pandai-pandai menguruskannya, jangan sampai bila menjelang hari raya bagaikan datangnya malapetaka, menimpa diri. Untuk memilih pulang kemana (Berbincanglah dengan penuh cinta mesra sebagai pasangan yang bahagia, hormati suami, hormati isteri sepenuh jiwa). Pertama keluarga sendiri, pastikan ceria, Ibu bapa dan Mertua diletakan penghormatan yang mulia dan utama dan letakkan pertimbangan sesaksama seadilnya (seboleh yang terdaya jangan dibuat sambil lewa). Kepada ibu bapa dan mertua jangan pula emosi menggila terhadap anak menantu kita, pandailah mereka, Insya Allah semuanya bahagia.
Bulan Raya bukan BULAN BERLUMBA, malah MENUNJUK-NUNJUK jauh sekali BULAN MENYUSAHKAN DIRI, diharap kita sedarkan diri dari kebahagian yang diberi oleh Maha Pencipta Allah Maha Kaya. Pohonlah keberkatanNya, Jauhilah segala Malapetaka kerana kita tidak mampu mananggung segalanya. Jangan sombong dengan Allah Maha Berkuasa juga kepada manusia seluruh dunia.
Sanak saudara (yang jauh-jauh tu...bau bau bacang atau belacan), rakan taulan serta kenalan jangan dilupakan, sekurang-kurangnya berutus kad Hari Raya, Email atau setidak tidaknya SMS yang 1 sen sekali penghantaran mengganti diri dihulurkan bersama.
Bagi sanak saudara dan kaum keluarga dan sahabat dan jiran tetangga yang akan memulakan perjalanan pulang semula (dimana jua) BERHATI HATI DIJALAN RAYA, JAGA KESIHATAN DIRI DAN KERETA berdoa kesejahteraan dan keselamatan kepada Allah sewaktu perjalanan pulang nanti.
Buat ibu-ibu bapa-bapa & Mertua-mertua, adik beradik, KEKASIH serta sahabat sekampungan, yang tidak berkesempatan bersua, janganlah bersedih hati, Insya Allah lain kali kita berjumpa dan menghadirikan diri bermesra lagi. Buat ANAK-ANAKKU yang di kasihi semua, Ummi, CT, Hajar, Ahmad, Fatimah, Sarah & Lutfi, BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH yang mengizinkan kita bermesra bersama di suasana Hari Raya Aidil Fitri 1429H yang mulia di Putrajaya. Tahun depan ada lagi atau sudah pergi hanya Allah penentu segalanya kerana Dialah Yang Maha Berkuasa, Kepada Allah jangan sekali diputuskan harapan dan sandaran biar seketika sekelip mata dilupakan.