Tanpa disedari Hari Raya tahun ini telah melangkah HARI KE EMPAT, sepantas kilat ia berlalu dan pergi....Aktiviti hari-hari sebelum ini nampak rancak dan bersemangat, Adik beradik datang bertandang kemudian kerumah adik adik sanak, saudara dan rakan taulan, tapi tiba-tiba hari ini, Mak Tijah pening-pening kepala dan tidak berhawa....rupa-rupanya demam......., nak minum air masak sahaja dan permintaan sajiannya pula, hanyalah sekadar nasi putih dan telur goreng yang disirami kicap udang, pengeluaran keluarga sahabat sepersekolahku dahulu di Johor Bahru.
Daging, udang, rendang sudah tidak menawan hatinya lagi, Mak Tijah tunggak utama dapur isi rumah ini, namun kini mula tidak berdaya lagi, mula membaringkan diri, nampaknya anak-anak yang belum kembali pulang bercuti, mula memandai mandaikan diri menyediakan recipi tersendiri. Mereka semua pandai memasak tapi seleraku tidak seperti sajian Mak Tijah yang asli.
Pesan bapak hari ini;
Memang kita mengharapkan sesuatu berjalan dengan baik dan sendiri mengikut jadual yang disusun rapi, tapi lihatlah bila tukang masak asli (chef) yang tiada Diploma & Ijazah dari mana-mana Universiti, mula keletihan semuanya jadi kelamkabut....apatah lagi masanya seperti kini,di awal-awal Minggu Perayaan. Lantaran itu anak-anak jangan asyik buat order itu dan ini......, tapi mestilah bantu membantu ketua PRAMUSAJI DIRUMAH SENDIRI,
Berilah peluang untuk ibu merehatkan diri. Dalam hal ini kita semua kena memahami, ibu mana yang tidak mahu meberi perkhidmatan masakan tangan sendiri menerusi dapurnya yang beroperasi setiap hari, inikan pula ..... Hari Raya AidilFitri.
Kasihan juga melihat isteri, biarkan dia bersediri, tapi tengoklah sekejap lagi bergesa ke Dapur lagi untuk hidangan tengahari......jawatan chef sepanjang hayat tidak mudah dilepaskan begitu sahja dan diberikan kepada pewaris sendiri. Itulah Chef Mak Tijah ibu kamu sendiri. Bapak turut mendoakan ibu kamu cepat sembuh....tapi kalau diajak makan diluar, pastinya menghampakan diri. manalah ibu suka menemani.....
Kepada saudara mara dan sahabat sejati, keadaan ini mungkin terjadi lantaran itu pandai-pandailah menyesuaikan diri agar isteri atau ibu sendiri sentiasa sihat fizikalnya disamping segar emosi peribadi.