Monday, October 6, 2008

SELAMAT MENERUSKAN USAHA SELEPAS CUTI RAYA

Kebanyakan diantara kita menamatkan cuti Hari Raya Aidilfitri pada hari semalam dan hari ini (6 Oktober 2008) perlu kembali menjalasnkan usaha seperti biasa. Menjalankan semula aktiviti harian pergi kerja atau ke sekolah atau ke universiti. Kita telah meninggalkan RAMADAN dan beransur-ansur meninggalkan kemeriahan Aidilfitri kembalilah kekeadaan normal kehidupan seperti biasa, namun jangan dilupa dalam Syawal terluang satu aktiviti ibadah yang dianjurkan Allah berupaya menambahkan pahala iaitu puas enam hari dibulan Syawal yang Mulia.

Persan bapak kepada anak-anak dan sanak saudara;

Jalankan aktiviti harian dengan penuh tenaga baik bekerja atau belajar. Tiada siapa antara kita, dibenar meninggalkan usaha dalam kehidupan. Berusahalah seikhlas hati dengan pencapaian qualiti tertinggi (maksudnya usaha yang sebaik mungkin) serta senantiasa ingat pada Allah, serta memohonlah keampunan dari Yang Maha Esa.

Bila pergi kerja atau belajar diluar rumah, makan kena jaga jangan ikut rasa tapi bukan pula memaksa diri "makan ubi kayu sambal belacan sahaja". Buat anak-anak bapak dan saudara mara semua, pilihlah makanan yang seimbang dan utamakan kebersihan dan kesihatan,

Kerjakan kewajiban ibadah setiap hari, selain sembahyang lima waktu jadikan segala usaha kepada ibdah, dengan kesungguhan penerapan keikhlasan kepada Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (Buat kerja atau belajar kerana Allah) Di akhirnya diingatkan kepada anak-anak dan saudara mara dan termasuk kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini, tunaikanlah PUASA ENAM HARI DIBULAN SYAWAL INI sama ada berterusan atau sebagainya mengikut keupayaan diri yang ada.

InsyAllah kita jumpa lagi.