Sunday, October 12, 2008

TERIMA KASIH MAK ITAM DAN PAK ITAM


Biarpun Shawal telah beransur melangkah kehari yang kesebelas namun aktiviti berkunjung kerumah sanak saudara dan sahabat handai rancak diteruskan terutama dihujung-hujung minggu dalam Bulan Shawal yang Bahagia kini. Minggu ini tidak ketinggalan kerumah Mak Itam dan Pak Itam di Paguh, Muar Johor. Sanak keluarga dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan disekitar Muar berusaha menghadirkan diri ke rumah Mak Itam dan Pak Itam kita di Paguh.

Kami dari Kuala Lumpur dan Putrajaya bergerak pagi takut lebuhraya menjadi sesak dalam perjalanan pergi ke distinasi, rupanya tidak, Lebuhraya begitu tenang dan penggunanya begitu selesa, apa tidaknya, perjalanan kami begitu lancar sekali dan tiada kesesakan yang mengerikan. Dalam jangkaan waktu tidak sampai dua jam kimi sekeluarga sampai dihalaman rumah Pak Itam, anak-anak begitu gembira sekali. Rupa rupanya Keluarga Pak Mod terlebih dahulu sampai kedistinasi. Keluarga Pak Ajak , Anne sampai kemudian sedikit disamping cikgu Dolly yang comel turut hadir. Pak unggal Kenoh juga ada dalam majlis persaudaraan itu disamping sanak saudara yang tidak dikenali maklumlah kami jarang benar kerumah Mak Itam dalam Majlis seumpama ini.

Sampai-sampai dihidangkan dengan buah-buahan yang bermusim dikampung ketika ini, apa tidaknya buah duku disaji sepuas-puasnya disulami dengan jambu air besar yang manis sekali, jawapannya kelihatan dikeceriaan anak-anak yang menghabisi hidangan buah-buahan dari bekas keseberkas yang tidak henti henti. Teringatlah waktu zaman kanak-kanak dahulu bila balik kampung, Arwah Tok Yam atau Arwah Tok Nyemah sentiasa menyediakan buah-buahan untuk anak cucunya ketika itu, untuk merasa hasilan buah kayu disekitar rumah tumpah darah ayah dan ibu ( Datuk ninik kamu dahulu) Sedekhkan Al Fatihah buat mereka semua, begitu juga kepada semua yang telah meninggalkan kita.

Majlis diteruskan lagi, dengan kuih muih dan makanan yang lebih berat lagi, tahun ini Mak Itam memilih Soto, dan yang hebatnya ada sedikit perubahan dimana diselitkan dengan Mee Singapura pilihan recipi Tahun ini (tradisional ada moden pun ada), rojak buah pastinya tidak ketinggalan, cecahlah sampai kenyang. Pendek kata makanan tidak terperi banyaknya dihidangkan kepada adik beradik, sanak saudara dan kaum keluarga serta jiran tetangga , maka bergembiralah kami makan dengan penuh selera bersama sanak saudara. Biar pun tiada ubi goreng berempah recipi asli Makitam tapi Tempeh Goreng tetap ada.

Pesan kepada anak-anak san saudara mara;

Aktiviti kunjung mengunjungi kerumak Sanak Saudara perlu diteruskan untuk mengukuhkan siratulrahim persaudaraan kita. Berilah waktu bersama saudara mara (Jangan kira samada pihak isteri ataupun suami) adalah perlu, selain dari rakan-rakan karib atau sekerja. Ibubapa,sanak saudara jangan dipermudahkan hati budinya kerana mereka tidak hairan dengan kedudukan kita biarpun kita merasa telah mencapai sedcikit kejayaan di dunia ini tapi nilai kasih sayang dan ingatan ikhlas jauh lebih bererti disisi orang tua-tua (Makcik & Pakcik malah Tok tok saudara kita). Perkataan Kekayaan tiada erti bagi mereka.

Sekali lagi diingatkan kepada anak-anak jangan buat lebih kurang kepada mereka, kerana perbutan itu hanya memalukan ibubapa bagaikan tidak mampu mendidik anak menghormati orang tua-tua, dijauhkan sekali kalau dikatakan anak sipolan tu...memang kurang ajar atau biadap kepada orang tua-tua..bagi kamu muangkin.....tapi ibubapa malu takterkira....
Apa tahlagi mempamirkan perangai tidak berbudipekerti.
Mereka semua pakar dalam penilaian keharmonian kekeluargaan biar sekadar menjadi ahli-ahli fikir dibawah pokok getah atau dipangkal-pangkal pokok kelapa. Jiwa mereka halus, hati mereka terbuka dan masa mereka kepada yang Esa lebih kerap dari kita yang sibuk tidak menentu. Walaupun segala-galanya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Hormatilah mereka seikhlas hati, kita pasti tidak akan rugi.

Buat anak-anak semua, InsyAllah bapak doakan kamu semua akan berjaya, kerana rata-rata antara kamu punyai Ijazah dan kedudukan yang bakal dipertingkatkan. Tapi adakah kamu fikir dengan akal kamu, bukan sekadar dengan otak kamu, bahawa kamu juga mampu menjadi kaya seperti orang-orang tua yang kaya tampa harta benda itu. Mereka adalah, warisan sisa-sisa kehebatan manusia yang tiada wang berjuta-juta atau intan permata, yang ada hanyalah keikhlasan budi bahasa.

Gunakanlah Akal dari kehebatan Otak yang ada agar kita boleh menjejaki ertisebenar "BIJAKSANA."

Buat rakan-rakan pembaca, ingatan ini ikhlas buat anak-anak saya kalau tersilap bicara atau sumbang berbahasa, saya pohon Ampun dan Maaf yang tidak terhingga dan nasihatilah saya.