Thursday, October 16, 2008

HARGA UBI KAYU CAMANA.....

Seluruh keluarga kita yang PENDAPAT dan pendapatannya cukup cukup pasti merasa gembira dengan hebahan PENURUNAN HARGA MINYAK, dalam kegembiraan ini, terlintas juga ingin menyelami harga ubi kayu di pasar, pasar pasar malam atau dimana sahaja kedapatan ubi kayu kita. Berapakah agaknya pasaran terkini ubi kayu kita tu.... Dulu naiknya bagai menggila....tapi mungkinkah turun harga minyak makanan tersebut turut mendapat perhatian peniaga peniaga atau apa pula alasan bagi memperlahankan gerak turunnya harga tersebut.

Tidak mengapa, ubi kayu makanan keluarga kita tu... bukan penting sangat...ada beratus malah beribu lagi jenis makanan yang telah TERRRRRnaik harganya sewaktu harga minyak mengila. Perhatian kini adalah kesempurnaan harga beliannya berbanding dengan harga jualan semasa, tidak kira apa jenis makanan.

Buat anak anak dan saudara mara semua .

Kalau kita yakin dapat membantu dalam mengadili harga pasaran barang makanan kepada harga yang sepatutnya, bantulah moga hasilnya dapat dinikmati orang saudara mara dan rakan rakan seluruhnya. Harga mahal pun kita beli juga, kalau dia tidak mahu turunkan harga, beli jangan tak beli tapi jimat jimatlah sikit kalau anak isteri minta makanan yang mereka suka atau idamkan macam ubi kayu, beli biarpun mahal, tapi jimat jimatlah sikit.

Berita kena dengar kena baca, khabar khabar angin, tapis dulu baru pakai kalau tidak ada yang berguna letak baik baik ketepi jangan dicampak dalam parit sesuka hati. Kalau ada yang pemurah dan memberi katakan terima kasih daun keladi.......kalau orang tak beri katakan ALHAMDULILLAH kerana bukan rezeki kita dari mereka, InsyAllah ada dari Yang Maha Kaya. Akhirnya buat anak cucu semua JANGAN CEPAT MARAH, FIKIR DAHULU SEBELUM MENCELAH...................