Mendengar kata kata yang disampaikan oleh seorang pemimpin bangsa Cina, dalam Perhimpunan Agong MCA pada pagi ini , 18 Oktober 2008. Rasanya puas hati beliau bercakap hari ini dan mungkin boleh dibawa sebagai sandaran kejayaan politiknya selaku pemimpin sautu kaum dihari hari tuanya atau sebelum meninggalkan dunia kata orang jadi sejarah peribadi. Macam macam beliau cakap, kita semua dengar dan dengar malah kata YAB PM yang baik hati, kata katanya ikhlas...., memamg ikhlas dan isu yang dinyatakannya adalah isu manusia dan kemanusiaan. Isu yang dibawanya kena pula pada waktunya dan selaku pemimpin MCA yang tiada lagi kepentingan untuk mengekalkan kedudukannya dan selesa dengan keadaan semasa dengan kenyataan bahawa kini beliau bebas makan dan menghirup udara bersama rakyat jelata - kaumnya dan mula mengdengar suara suara rakyat jelata. Beruntungnya dia dapat berkata kata sedemikian di Majlis Besar, dihadapan ribuan penyokong sendiri. Beliau memang hebat hari ini.
Bangsa Malaysia selain dari keturunan kita juga, telah mula melahirkan perasaan peribadi, dengan penuh perasaan dan harmoni untuk mencapai hasrat terpendam dihati. Hari ini permulaan bererti dalam sejarah kehidupan berkompromi.
Pesan untuk anak anak dan saudara mara.
Pertama sekali buat anak anak ku, Ummi Kalthum, Jagalah kesihatan diri, berat badan harus dikawali tahap kesihatan selalu dipastikan, selaku seorang peguam, Alhamdulillah terhadap otak yang dikurniai Illahi, gunakan otak dengan panduan Akal yang diberi, keikhlasan hati mesti dipeliharai agar dapat kepuasan dari apa yang diberi, terpenting sekali jangan salah pertimbangan diri .
Buat anak kedua Cik Siti yang bekerja setiap hari, tinggikan kemahiran jangan pamerkan kelekehan diri kerana personaliti dan kemahiran adalah penilaian sejati. Hormatilah siapa jua tapi jangan dilupa hormat diri sendiri. Tiada siapa yang dapat membantu kecemerlangan diri kecuali diri sendiri disamping Allah yang Maha Mengerti. Jangan suka menyalahkan diri sendiri dan mengutuk diri.
Buat anakku Siti Hajar, jagalah diri sendiri kalau sudah hampir jadi guru berdikari dan jauh dari mementingkan diri sendiri. Kalau minta diri dihormati, hormatilah juga orang terlebih dahulu disamping diri sendiri. Usahakan apa yang difikirkan baik, dan berdoalah pada Allah yang Maha Kaya.
Ahmad Fahmi dan Fatimah, belajar baik baik....jang sampai gagal dalam pelajaran yang dihadiri, jadilah akauntan dan ahli perniagaan yang baik ban bepekerti.
Sarah, jangan buat kotor dalam bilik awak.... bangun pagi bersihkan diri, latihan sekolah perlu diteliti jangan sampai tidak difahami lagi.
Ahmad Lutfi, anak bungsuyang belum pandai lagi, markah 12, 25, 34 dan apa lagi yang diberi oleh guru, adalah hak adik dikala ini, belajar betul betul sampai markah naik lagi. Sekarang adik belum pandai lagi. kalau rajin pasti boleh maju lagi.
Akhir kata buat anak anak dan saudara mara buatlah kerja sesungguh hati, tapi yang penting mesti ikhlas dihati. Pastikan pemikiran hari esok lebih baik dan bererti dari Hari ini.......