Namun nama ini, begitu istimewa sekali dan nilainya begitu tinggi dalam Sejarah kemanusiaan terutamanya buat kehidupan bapak hari ini.
Walaupun terpisah dengan manusia bernama HAJI SUHAIMI BIN HAJI ALI sejak tiga puluh tahun yang lalu namun kesegaran Jiwa dan Rohani kembali bertenaga seperti masa pertemuan pertama kali sekitar tahun 1975 dan 1976 dahulu.
Pertama kali menjejakkan kaki ke bandar Endau, Johor. Dengan menaikki bas dari Johor Bahru diawal awal pagi dari Jalan Senyuman, Kampung Melayu Majidee, dengan menaikki pribet sapu iaitu teksi tanpa premit Arwah Pak Appat bersama Arwah Tok Wan Haji Bakar, Tok Wan menghantar bapak sekadar di muka pintu pasar Besar Johor Bahru yang kini telah tiada lagi tanda peninggalannya, terpapar juga kebanggan di raut wajahnya apabilah ia berkata kepada kawan kawannya di pasar itu bahawa bapak akan jadi cikgu di Endau, Mersing. Guru Sekolah Menengah Ungku Husain, Endau.
Pandailah bapak cari bas ke Mersing dan meneruskan perjalanan keBandar Endau. Sampai di Bandar Endau bapak teruskan perjalanan lagi tapi kali ini berjalan kaki ke pengkalan untuk ke Kampong Tanjung Gemuk dengan menaikki feri menyeberangi sungai Endau yang penuh sejarah tersendiri.
Bukan mudah ketika itu, dengan membawa beg pakaian yang isi kandungannya dua pasang baju kemeja lengan pendek pakaian kerja warna kuning air dan cokelat muda buatan USA berjenama Arrow dibeli di Woodland Singapura, bersama Pak cik Awang anak Lek Ngarno depan rumah, sepasang kain pelikat cop gajah, dan sepasang baju Melayu cekak musang warna kelabu pemberian ayah iaitu Datuk kamu semua Allahyarham Tok Wan Haji Bakar. Disamping tuala goodmorning, songkok lipat dari kain hitam, sepasang kasut hitam bukan kulit tapi plastik hitam dan beberapa barangan peribadi yang sulit dan amat malu jika dilihat orang. Semua perbelanjaan membeli kasut, baju dan seluar adalah hasil simpanan wang jualan gambar sewaktu di Maktab Perguruan Sultan Idris dahulu, bukan diminta dari Arwah Datuk dan nenek semasa itu.
Dari Johor Bahru tadi dibekalkan lima biji tepung bawang atau karipap kentang kari tiada daging atau ayam, satu botol satu kati ayer kopi yang masih ada setengah lagi. Dulu mana ada air mineral seperti hari ini. Hari itu, bapak pakai capal Tok Wan Haji Bakar kerana katanya senang untuk dibawa kesurau bersembahyang jadi bapak tak belilah selipar Jepun yang biasa biasa itu. Duit sepuluh ringgit diberi oleh Ninda Al Marhumah Hajjah Maimunah dan lima ringgit diberi oleh Pak May - Haji Ghaffar dan lima ringgit lagi diberi oleh Arwah Pak Ngah Hamzah dan Pak Atan bagi bapak dua ringgit, duit Pak Atan bapak bayar tambang pribet sapu Pak Appat ,bapak Hashim adik angkat emak sewaktu di STF - Sekolah Tun Fatimah dulu, bapak tak kenal masa itu kerana bapak khawin dengan emak, 03 APRIL tahun 1977. Tambang ketika itu dua orang seringgit empat puloh sen tapi bapak bagi dua ringgit kerana Pak Appat member baik Tok Wan orangnya tak berkira sangat.
Dengan berbekalkan wang dua puluh ringgit, bapak memulakan penghidupan persendirian dirantau orang walaupun sekadar dihujung bahagian Timur Negeri Johor. Pengankutan awam ketika itu amat kurang dan terbatas waktunya tapi kalau lori ikan ke Singapura ada setiap malam. Lori balak pun ada juga, ke Johor Bahru, tunggu sahja di pengkalan Feri Sungai Endau dihujung hujung minggu.
Setelah menyeberangi sungai Endau, bapak terus kerumah Al Marhum Tok Imam Haji Ali, disinilah bermulanya bapak menemui manusia bernama SUHAIMI HAJI ALI, bapak ketika itu mula menjadi cikgu muda, TUAN HAJI SUHAIMI masih bersekolah lagi tapi ditingkatan empat atau lima, kami berkawan baik yang tidak boleh dinyatakan dengan perkataan hanya hati sahja dapat menilainya. Sebenarnya bapak macam tak tahu malu terus tinggal di Istana Tanjung Gemuk kepunyaan Tuan Imam Yang dihormati dan di sayangi oleh penghuni Kampung Tanjung Gemuk, Endau Pahang itu. Haji Suhaimi bagaikan adik bapak kemana sahja kami bersama samaada memancing atau bersiar siar atau kerumah sanak saudara Haji Suhaimi dimana mana.
Bapak bukan sahja diterima menumpang di Istananya, malah diterima sebagai keluarga oleh Tuan Imam yang baik hati budinya. Budi baik Tuan Haji Suhaimi tidak mungkin dilupa dan sememang tidak mampu dibayar harganya, hanya Allah sahja yang dapat memberikan ganjarannya terutama buat Arwah kedua dua ayahnda dan bonda Tuan Haji Suhaimi yang MULIA.
Pesan untuk anak anak dan saudara mara.
Jangan sesekali dilupa, jasa yang diterima oleh kita baik dari sesiapa. Budi dan jasa tidak boleh dibayar dengan wang harta, Ingatlah jasa sesiapa, hormatilah mereka, doakan kesejahteraan buatnya sepanjang masa. Moga Allah meRahmati mereka dan juga kita. Agar abadi keharmonian sepanjang masa.
- WANG RINGGIT DAN KEDUDUKAN KITA BUKAN SEGALA GALANYA KERANA ALLAH YANG MAHA KAYA.
- SELALU INGATKAN ANAK CUCU TENTANG SEMBAHYANG DAN BERBUDI BAHASA SERTA BERBUAT BAIK PADA ORANG LAIN, SELAIN SANAK SAUDARA, AGAR BERPANJANGAN TALI PERSAUDARAAN DAN PERSAHABATAN KITA SEMUA.