Mensyukuri kejadian mahluk dibumi ini, selaku insan yang bernama manusia tidak semestinya kita lupa kepada Allah Maha Pencipta. Semestinya kita senantiasa sedar kehadiran kita dibumi ini bukan sia sia dan hendak disamakan dengan rumpun ubi kayu serta jutaan tumbuhan yang melata dipermukaan bumi. Jauh sekali diserupakan dengan apa jua haiwan yang ada diseluruh alam ini.
Manusia tidak sama dengan tumbuhan dan haiwan. Manusia adalah manusia, tumbuhan adalah tumbuhan dan haiwan adalah haiwan. Berasaskan fungsi kejadian rasanya tidak banyak hendak dibezakan. Tumbuhan ada gunanya, haiwan tidak kurang fungsinya begitu juga dengan manusia. Setiap kejadian ada kelebihan dan kekurangannya yang pasti ada gunanya.
Ubi kayu kalau dihalusi kehadirannya pasti kurang cacat celanya berbanding dengan haiwan ada yang dimanja dan ada yang menjadi pemangsa merbahaya. Tidak ada bezanya dengan manusia ada yang istimewa dan ada yang durhaka. Semuanya adalah sama .
Ingatlah anak anakku sebenarnya antara kita dengan tumbuh tumbuhan dan haiwan terlalu besar perbezaannya. Manusia dikenakan perintah oleh Maha Pencipta. perintah yang menentukan ia insan beriman atau tidak beriman. Iman pengukur ketaatan dan kesetiaan. Kekuatan otak dan akal dalam memilih pendekatan kepada perintah dari Allah bukan tuhan sebutan. Hanya Allah Tuhan yang satu tiada persamaan. Pegangan ini jangan dilonggarkan. Agar kekal sehingga akhir hayat dikandung badan.
Keperluan hidup jangan dilupakan, agar tidak meminta minta bukan dari hak dan ketentuan kerana Rezeki kehidupan ditangan Yang Maha Kaya, Pemberiannya tanpa batasan jika doa dan usaha dikabulkan. Allah menegaskan menerusi ayatnya, sesungguh manusia dijadikan untuk diuji siapa diantara kita yang lebih baik amalannya dan antara manusia dan jin fungsi kejadian utama adalah untuk taat menyembah dan mengesakan Allah.
Pesan buat anak anak dan sudara mara serta rakan dan kenalan.
Belajarlah ilmu agama Islam supaya kita tidak jahil dan sesat. Mohonlah perlindungan dari gangguan syaitan. agar tidak terhumban kedalam neraka jahanam. Berusaha kepada kejayaan didunia sekadar sebelum menutup mata kerana kejayaan didunia bukan jaminan diakhirat, kecuali kejayaan disandar pada keimanan yang hak.
Jangan Beriri hati dan dengki. Jauhkan diri dari sombong dan bongkak setiap perbuatan adalah kerana Allah serta berserah sepenuh keikhlasan kepada Maha pencipta dan Maha Pemurah. Pohonkan Rahmat buat semua insan terutama Nabi Muhamad saw. junjungan besar,serta sahabat dan kerabat disamping ayah dan ibu yang dikasihi.