Hasil kerja pastinya upah dan gaji, berapa gajinya dan berapa upahnya bergantung kepada usaha yang diberi serta kesanggupan pihak yang memberi. Walau bagaimana pun ia adalah REZEKI. Walaupun ia merupakan rezeki tapi nilainya tidak sama diantara satu dengan yang lain. Biarpun angkanya adalah sama.
Perbezaan nilai rezeki amat ketara sekali tetapi amat kurang disedari oleh kita semua. Perbezaan ini hanya boleh dilihat menerusi MATA HATI bukan kuasa upah atau gaji yang diterima.
Dari Rezeki yang diterima sebenarnya ada perkataan BERKAT perkataan ini tidak pernah dipelajari menerusi kurikulum persekolahan mahupun diperingkat rendah, menengah atau di universiti. Berkat ini adalah anugerah Allah kepada hambanya yang sedar diri serta senantiasa taat memperhambakan diri serta bersyukur kepada Illahi. Perkataanya mudah tapi amat berat dalam amalan sehari-hari.
Tanpa BERKAT disamping REZEKI amatlah rugi kerana gaji dan upah diibaratkan seperti AIR DI DAUN KELADI, sekadar laluan tumpah kebumi. Kalau upah dan gaji sekadar laluan sahaja pada diri akhir bulan dapat gaji temu bulan habis lagi sampai bila hendak jadi begini. Pastinya kita akan mengila menambah pendapatan lagi dan kesudahannya habis lagi, usaha mencara bagaikan tidak cukup cukup tetapi masih berulang lagi. Yang terjadi;
HASIL TABUNGAN KURANG LAGI. Rezeki melimpah masih tidak di BERKATI.
Pesan untuk anak-anak, saudara mara serta kenalan :
Berusahalah mencari rezeki, kerana REZEKI ALLAH melimpah ruah dan tiada batasannya. Namun kepadaNya jangan sesekali dilupai. Senantiasa bersyukur kepadaNya dan berhati baik (bersangka baik) sesama manusia terutamanya sewaktu mencari rezeki dan dalam kehidupan sehari hari. Bukan banyak atau sedikinya pendapatan UKURAN REZEKI dari upah atau gaji yang diterima, RAHMAT ALLAH amat luas sekali bagaikan LAUTAN TIDAK BERTEPI. Kalau kita BERSYUKUR PASTI DITAMBAH LAGI......tapi kalau kita KUFUR (ingkar)..... lihatlah sendiri balasan yang akan diterima kerana azab ALLAH adalah MAHA PEDIH sekali.
"YA ALLAH AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI, BERIKANLAH KAMI, serta anak cucu kami REZEKI YANG HALAL DAN DIBERKATI, AGAR DAPAT KAMI GUNAKAN KEPADA JALAN JALAN YANG ENGKAU REDHAI.(Usaha baik yang ALLAH izinkan)" amin.