Wednesday, December 3, 2008

SEMENTARA IBU DAN BAPA MASIH ADA

di antara rezeki Allah adalah kurniaan anak-anak. Nialainya tidak terhingga bagi yang mengetahui dan menghargai anugerah Ilahi Allah Maha Pemberi. Tapi buat yang tidak mahu mengerti, anak adalah anak...Fitrah hasil perkahwinan yang dilalui. Sekadar jaga anak, besarkan anak, manjakan anak, bagi jadi pandai, bagi jadi orang hebat dan bagi jadi orang senang. InsyAllah anak akan berjaya jadi manusia yang ibu bapa idamkan.

Lepaslah tanggungjawab yang diamanahkan kepada ikatan perkahwinan yang dilaluinya. Ibu belum mati lagi, bapa pun belum mati lagi. anak telah berjaya mencapai cita-cita. Alhamdulillah mereka punya segalanya, ada ilmu, ada kerja ada gaji ada rupa ada gaya.

Kini anak ada cita-cita, cinta namanya. Ada cinta monyet, ada cinta Mamat, ada cinta Minah ada CINTA GILA malah ada cinta entah apa-apa....

Kalau benar ada Cinta buat anak-anak, CINTALAH MAHA PENCIPTA, CINTALAH IBU BAPA, CINTALAH SANAK SAUDARA. Itulah namanya permulaan CINTA.

Kalau benar ada cinta, sementara ibu bapa belum menutup mata, ziarahlah dia, kalau ada masa selalulah bermesra bersamanya, kalau sibuk senantiasa calling-callinglah dia, kalau kuatir baget tergelincir sms-sms (1 sen) kepadanya kalau teruk sangat upayanya doa-doakanlah dia. Kalau tak berdaya sangat POHONLAH KEAMPUNAN DARI MAHA BERKUASA. (TANDANYA TERUK SANGATLAH KAMU....)
Percayalah Tiada manisnya cinta tanpa ibu bapa. Tiada nilainya harta berjuta kalau tidak ibubapa yang merasa dan tiada gunanya ilmu dan pengetahuan kalau bukan banggan ibu bapa. Akhirnya dirasakan hilang sanjungan pangkat kedudukan kalau hilangnya ibu dan bapa serta sanak saudara.

Pesan kepada anak-anak, sanak saudara dan sahabat handai:

Tidak perlu bersusah-susah, sementara ada ibu bapa, selalulah rapat kepadanya, kalau sudah tiada diantara mereka, takut keadaan telah terlambat kerana ibu bapa tiada gantinya, sayangilah mereka. kalau tidak mampu berhabis-habisan buat kegembiraannya, memadai dengan dibawakan sekilo dua ubi kayu pun jadilah. Minyak dah turun...katanya keputusan kabinet akan menurunkan harga ubi kayu buat buah tangan ayah dan ibu. Buat sahabat-sahabat di Perantauan, jangan bersedih...Terutama Wak Nal Bilal kita & Niman,Hj.Yusof kak Zam, Encik Ishak & Nimah,Tok Din & Midah,Kasubi & keluarganya,En Udin,Abang Din,Zaharah & Wan Hulaimi,Dr.T & Mr.Din & restoran Bonda,Aad & Ani Makan Cafe serta Hamidah (LA)wakil orang US dan ramai lagi....diseluruh dunia ini. Tapi yang berada di Malaysia rasanya tidak ada sebab nak berkecuali, Tambang Murah masih ada ...baliklah tengok ibubapa.......