Saturday, December 6, 2008

NAMANYA SAMA JENIS GRED BERBEZA

Terasa lama juga kita tidak berbicara tentang UBI KAYU, diTanah air makanan zaman Jepun ini dikenali umum sebagai ubi kayu, bagi pakar penyelidik diuniversiti yang mengkaji segala aspek berkaitan dengan makanan ini memanggilnya dengan nama saintifiknya. Yang pasti di England dan di Eropah ia pasti ada, kalau isteri mengidamkannya tiada alasan sisuami kena balik Malaysia kena cari dekat pasar Chow ket atau pasar Pudu ataukena balik kampung untuk mendapatkannya.

Ubi kayu tetap ubi kayu, namanya sama cuma sebutannya berbeza mengikut tempatnya. Asas wajahnya adalah ubi kayu, rasa asasnya juga adalah ubi kayu warna asasnya putih dan terkadang kala warna kuning air yang amat menyenangkan. Semua sifat asasnya agak serupa, jarang sekali kita bertemu ubi kayu biru atau merah. Rasanya rasa ubi kayu. Jarang sekali kedapatan ubi kayu beperasa ayam atau durian.

Pesan untuk anak-anak,saudara mara serta kawan-kawan :
Mungkin kita semua adalah manusia, anak-anak bapak pun begitu juga tetapi pada mata bapak antara kamu semua tiada bezanya, semuanya disayangi dan di doakan kesejahteraan. Percayalah perbezan diantara kamu pasti ada,terutama kesabaranmu untuk tunduk taat kepada Allah, keikhlasan ibadahmu ketulusan hatimu bersama manusia. Kehebatan dan kemahiran dari ilmu dunia yang kau miliki mungkin serupa dengan makhluk lain yang memperolehinya. Perbezaan yang mungkin terlihat dari hasil kerjamu dari ilmu yang kau miliki. Sumbangan dan mutu hasil kerjamu pasti melihatkan perbezaan diantara kamu, samada kamu manusia bermutu dan berguna atau manusia kutu dan hina. Berhati hatilah dalam kehidupan kerana Allah Maha Melihat dan Maha Bijaksana.