Sempenan Hari Yang Mulia, tahun ini, diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, Kepada anak-anak bapak, saudara mara serta kenalan dan handai taulan. Doa kesejahteraan kepada semua yang membaca coretan ubi kayu sambal belacan. Maaf dipinta sekiranya terkasar bahasa dan penulisan tiada bermakna. Salam sayang buat semua, gembiralah diHari Raya, makanan yang lazat pasti dirasa kesihatan diri perlu dijaga.
Peristiwa Qurban Nabi ALLAH Ibrahim ke atas anaknya Nabi Allah Ismail yang penuh dengan pengajaran, sememang tidak boleh dinapikan oleh setiap Insan yang beriman. Sejauh mana peristiwa itu menusuk ke hati dan dapat dimunafaatkan serta mampu menjadi panduan kehidupan, hanya kita sendiri yang dapat menilainya.
Pohonlah keredhaan ALLAH, agar otak dapat digerakkan untuk akal terus berfungsi dengan baiknya serta hati menjadi lembut dan menghayati sesuatu pengajaran dan akhirnya membawa kita ke laluan kehidupan keimanan dan dapat melaksanakan suruhan ALLAH sebagai HambaNYA yang hidup dalam KEREDHAAN dan jauh dari KEMURKAAN ALLAH. Nikmat ALLAH Maha Luas dan ingatlah SiksaanNya juga Maha Pedih.
Pesan buat anak-anak,saudara mara dan sahabat handai :
Jadikan budaya kita berkorban kerana ALLAH, Ikhlas sifat terpuji yang perlu disemat dalam hati, Buatlah kebaikan dan kebajikan sebagai amalan Akhirat. Jangan diharap balasan dunia serahkan sahaja pada ALLAH segala urusan yang dilaksana.