Sunday, December 14, 2008

RAJA SEHARI BULAN DISEMBER

13 Disember 2008, Johor Bahru. berlangsungnya Kenduri Kesyukurandan Majlis Perkhawinan anak Pak Atan, Hashim bersama gadis pilihannya dari Pulau Langkawi. Semua sanak saudara dan sahabat handai telah hadir diMajlis tersebut. Majlis berjalan dalam suasana yang penuh kegembiraan dan kesejahteraan apatah lagi di Majlis ini kami bertemu sanak saudara yang lama tidak bersua. Tahniah kepada Pak Atan & Kak Minah kerana berjaya mengadakan Majlis tersebut dan dikesempatan ini juga mempertemukan saudara mara dan keluarga semua termasuklah dipihak pengangtin perempuan dari Pulau Langkawi.

20 Disember 2008 adalah Tarikh pilihan Majlis Perkahwinan Puteri tengah Pak Ajak dan Makla di Pelabuhan Kelang. Kali ini Puteri beliau Adikla (Jalilah) telah dipilih oleh seorang jejaka bertuah dari Bruas, Perak. Moga Majlis kali ini juga di Berkati Allah & disempurnakan dengan jayanya.

Buat Pak Atan dan Kak Minah, dah lega rasanya kini giliran Pak Ajak & Mak La pula bersiap sedia menghadapi Majlis yang serupa, InsyAllah akan dipermudahkan Allah dengan kerjasama jiran tetangga yang baik hati dan perihatin.

Pesan buat Anak-anak, saudara mara dan sahabat handai:
Perkahwinan adalah fitrah bagi anak-anak yang menjelang dewasa tidak kira perempuan atau jejaka. Jodoh pertemuan adalah penentuan Allah belaka kita hanya perlaksana dan berusaha sahaja. Menerusi perkahwinan kita memperpanjangkan kasih sayang, persaudaraan serta Siratulrahim, Hormat menghormati adalah prinsip utama perkahwinan. Saumi isteri perlulah memahami peranan dan tanggungjawab bersama Moga Allah senantiasa memberkati Hidup kamu semua.

Buat saudara mara dan sahabat handai, kehadiran kita amat diperlukan buat menyempurnakan Majlis saudara mara atau rakan kenalan. Berikanlah ruang dan masa,sebolehnya. kehadiran kita sungguh bermakna menambah serinya Majlis mereka. (Bagi saudara mara & sahabat handai jauh diperantauan diseluruh dunia perlu di buang-buangkan bahasa agar mereka tidak dilupa. Yakan Wak Nal....)