Friday, November 14, 2008

LAUT CINA SELATAN DAN ISI KANDUNGANNYA TANPA UBI KAYU


Demi kebesaran dan kekayaan Allah Yang Maha pencipta dan menyuruh sekian hambanya berfikir tentang kebesarNya maka terbentanglah laut-laut yang juga merupakan makhlukNya dan senantiasa taat akan perintahNya. Kita selaku insan yang dijadikan beserta akal fikiran sepatuytnya memikirkan kebesaran Allah menerusi setiap kejadian di alam ini. Lihatlah laut Cina Selatan yang terbentang luas serta isi isi yang beradfa didalamnya bukan sekadar aktiviti pancingan dengan hasil-hasil tangkapannya.





Rezeki yang ada berbagai rupa. Rezeki Allah kepada sesiapa menerusi usaha dan ilmu yang ada, Ada waktunya lumaian ada waktunya berkurangan tapi yang pasti bila kita berusaha pasti ada habuannya. Disamping limpahan rezeki yang diberikan Allah nilai KEBERKATAN rezeki perlu di SYUKURI kerana anugerahNya amat besar sekali.





Rezeki laut bukan seperti makan gagi cukup bulan ada gaji akhir bulan tipis lagi dan yang penting tunggu lagi atau dapat lagi sehinggalah tamat perkhidmatan dan terima pencen yang dijanji.





Tenggiri, Tanda, Kerapu, Alu alu, Ruan tasik, Ikan Merah malah Kembong, Kerisi dan Tamban semuanya sama jenisnya dari keturunan ikan dalam laut. Namanya berbeza tapi ia tetap rezeki yang terkandung protin yang diperlukan dan diminati.

Usaha mencari tidak dibatasi oleh mereka yang berakhtiar setiap hari, tiada skim yang diberi hanya kemahiran peribadi dan pengelaman tersendiri yang mampu membantu memperolehi habuan pancingan setiap hari.


Laut tidak tenang selalu adakalanya bergelora dan ribut melanda, kalau terjadi kelam kabut juga diri, Ketenangan amat diperlukan disamping doa keselamatan buat semua yang berada dalam perjalanan kerana laut tiada batasan seperti lebuhraya dalam negeri. Namun angka kematian lebuhraya jauh lebih tinggi berbanding dari laut yang bergelora dan sungguh mengerikan.


Setelah usaha diberi, pulanglah nelayan berprestej ini ketempat asalnya dengan penuh perasaan dihati. terkada kala sampai berhari hari, berminggu minggu , berbulan bulan kadang-kala sampai bertahun tahun malah ada yang sampai tiga puluh tahun tidak hilang lagi. Terutama pengelaman kejayaan hasil tangkapan besar buat pertama kali.