Wednesday, November 5, 2008

TERIMA ANUGRAH

Kehadiran Puteri sulong ke dalam keluarga saya benar benar memberikan satu perasaan yang selama ini belum pernah saya rasai. Baru sehari kehadirannya saya dihujani oleh ucapan tahniah dari rakan rakan dan sanak saudara yang turut bergembira menerima berita kehadiran cucu pertama keluarga.

Berbagai bagai kata kata enak didengar dari mereka bagaikan saya menerima anugerah besar dibuatnya. Bagaikan tidak percaya perasaan yang datang dengan tiba tiba. Perasaan yang belum pernah diterjemahkan dalam usia yang meningkat dan belum memahami erti tua. Tiba tiba mula terasa.

Pesan buat anak anak dan saudara mara serta sahabat handai.
Perasaan seperti ini sebenarnya adalah fitrah manusia dan berjuta juta manusia telah melaluinya seluruh dunia, Untuk keluarga kita seperti cucu cucu Pok Long, Cucu cucu Mak Ngah, cucu cucu Pok Da, cucu Pok Teh, cucu Pak Atan dari keluarga bapak dan Cucu Mak Ala adik Mak.Biarpun ia sautu yang fitrah, namun setiap pengelaman baru bagi seseorang insan adalah teristimewa apatah yang sememangnya Anugrah Allah dari rezeki anak keturunan yang sememangnya dilalui menerusi proses kedewasaan.

Sebelum ini status DATUK sekadar tempilan dari cucu cucu saudara dari anak anak, adik dan kakak. Tapi kini ALLAH menetapkan Gelaran DATUK HAKIKI satu keturunan dengan ujudnya lapisan genarasi keibubapaan.

PERINGATAN buat semua yang membaca blog ini, jagalah keharmonian kekeluargaan, jangan dipermudahkan hubungan persaudaraan antara kita, kerana didalamnya ada satu rahsia, keberkatan dapat dirasi hanya menerusi Kesyukuran Nikmat nikmat Allah sahaja dapat menentukannya. Bukan harta peninggalan atau pangkat dan keturunan penentu keunggulan kekeluargaan. HORMATILAH IBUBAPA DAN ORANG TUA TUA, KALAU sudah TERASA TUA, SAYANGILAH ANAK CUCU KITA.